11/22/2007

004 - tanda perniagaan

semalam, seorang rakan aku berkata yang aku telah kerugian kerana telah menutup jurnal lama aku. dia berkata di jurnal lama aku, aku sudah ada nama (yang aku telah ubah), jenama dan pembaca. (teringat pula format balance sheet, huh, nampaknya aku terlalu kuat belajar semester lepas. huhu)

berbalik kepada topik asal, pada pendapat aku, jenama dan ideologi sesebuah jurnal ini ialah satu liabiliti yang sangat besar kepada kau, dari segi duniawi dan ukhrawi. tanggungjawab kau terhadap setiap perkataan yang tertera dalam jurnal kau amat besar.

banyak perkara yang menyebabkan aku menutup jurnal lama aku, mungkin perkara diatas adalah salah satu daripadanya. maka, dengan ini, aku akan bermula semula daripada kosong, berkenalan dengan rakan baru, bertukar-tukar pandangan, tapi dengan perspektif yang berbeza.

agak sukar sebenarnya bagi aku untuk lari daripada gaya penulisanku yang asal, memandang sudah lebih dua tahun aku menggunakan gaya itu sebelum aku menutup jurnal aku awal tahun ini.

nota kaki: aku rasa kekok menulis, terasa macam pensyarah yang baru mengajar.

11/19/2007

003 - ideologi cho

sudah tiba masanya untuk aku menulis berpandukan minda.
sudah tiba masanya untuk aku menulis perkara yang ada intipati tersirat dalamnya.

jika dulu aku hanya memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu yang lengkap dan betul, kali ini aku naik satu tapak lagi.

mulai saat ini, cho: edisi luth cahayya akan lebih menggila!

nota kaki: buat masa ini, aku hanya menulis bahagian pengenalan jurnal ini. intipati akan bermula tidak lama lagi.

11/13/2007

002 - aku sepatutnya tidur sekarang...

sudah lama aku tidak berjaga malam memikirkan pengisian menarik untuk ditayangkan di dalam jurnal aku. (sebagai pelajar jurusan akaun, aku tidak dapat untuk tidak memikirkan tentang journal entries semasa menulis perkataan jurnal sebentar tadi. mungkin ini ada kaitan dengan keadaan aku yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester. aku amat berharap aku dapat keputusan yang bagus, barulah berbaloi untuk aku mempunyai minda yang terngiang-ngiang jurus perakaunan di dalamnya. walaubagaimanapun, itu semua bergantung kepada ketentuanNya, aku hanya mampu merancang. sekarang, berbalik kepada topik asal, nampaknya, buat masa ni, aku akan mempunyai banyak masa lapang untuk menulis dan menyemakkan lagi dunia atas-talian (online) ini. aku akan cuba menikmati setiap detik dengan sepenuhnya...)

oh, nampaknya tulisan aku kali ini hanya melibatkan 15 perkataan atau satu setengah baris sahaja. yang lain-lain itu ialah penerangan yang tiada kaitan sebenarnya.

aku sepatutnya tidur sekarang...

11/12/2007

001 - kaki terpasak di sini

sudah lama aku tidak ke sini...

nampaknya hati aku memang di sini...
cho kembali...